Beza Lelaki & Wanita

Lelaki bujang kena tanggung dosa
sendiri apabila sudah baligh
manakala dosa gadis bujang
ditanggung oleh bapanya. Lelaki
berkahwin kena tanggung dosa
sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin
dan dosa anak lelaki yang belum
baligh. BERATKAN ??! Hukum
menjelaskan anak lelaki kena
bertanggungjawab ke atas ibunya
dan sekiranya dia tidak menjalankan
tanggungjawabnya maka dosa
baginya terutama anak lelaki yang
tua, manakala perempuan tidak,
perempuan hanya perlu taat kepada
suaminya. Isteri berbuat baik pahala
dapat kepadanya kalau buat tak baik
dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN??! Suami kena bagi
nafkah pada isteri, ini wajib tapi
isteri tidak. Walaupun begitu isteri
boleh membantu. Haram bagi suami
bertanya pendapatan isteri lebih-
lebih lagi menggunakan pendapatan
isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki
lebih-lebih lagi yang bergelar suami
perlu tanggung. Kalau nak
dibayangkan beratnya dosa-dosa
yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya
mengikut kajian nyawa orang
perempuan lebih panjang daripada
lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak
larat dengan beratnya dosa-dosa
yang ditanggung. Tetapi orang lelaki
ada keistimewaannya yang
dianugerah oleh Allah SWT. Ini
orang lelaki kena tahu, kalau tak
tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya....

Wanita
Auratnya lebih susah dijaga
berbanding lelaki. Perlu meminta
izin dari suaminya apabila mahu
keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan
mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi
suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan
bukan isteri. Wanita kurang dalam
beribadat kerana masalah haid dan
nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan
dijaga dan dibelai serta disimpan di
tempat yang tersorok dan selamat.
Sudah pasti intan permata tidak akan
dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah
bandingannya dengan seorang
wanita. Wanita perlu taat kepada
suami tetapi lelaki wajib taat kepada
ibunya 3 kali lebih utama dari
bapanya. Bukankah ibu adalah
seorang wanita? Wanita menerima
pusaka kurang dari lelaki tetapi harta
itu menjadi milik peribadinya dan
tidak perlu diserahkan kepada
suaminya, manakala lelaki menerima
pusaka perlu menggunakan hartanya
untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah
mengandung dan melahirkan anak,
tetapi setiap saat dia didoakan oleh
segala haiwan, malaikat dan seluruh
makhluk ALLAH di muka bumi ini,
dan matinya jika kerana melahirkan
adalah syahid kecil. Manakala
dosanya diampun ALLAH (dosa kecil)
. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: isterinya, ibunya, anak
perempuannya dan saudara
perempuannya. Manakala seorang
wanita pula, tanggungjawab
terhadapnya ditanggung oleh 4 org
lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak
lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki
pintu Syurga melalui mana-mana
pintu Syurga yg disukainya cukup
dengan 4 syarat sahaja: sembahyang
5 waktu, puasa di bulan Ramadhan,
taat suaminya dan menjaga
kehormatannya. Seorang lelaki perlu
pergi berjihad fisabilillah tetapi
wanita jika taat akan suaminya serta
menunaikan tanggungjawabnya
kepada ALLAH akan turut menerima
pahala seperti pahala orang pergi
berperang fisabilillah tanpa perlu
mengangkat senjata. MasyaALLAH…
sayangnya ALLAH pada wanita …. ”

Pada hari itu (hari qiamat) manusia
diberitahu akan segala yang telah
dikerjakannya dan yang telah
ditinggalkan. Bahkan manusia itu,
anggotanya menjadi saksi terhadap
dirinya sendiri.....

No comments:

Post a Comment