Sunday, 18 December 2011

Rahsia yang terlerai.....

Pada satu sudut di ruangan hati
Tersorok rasa menyatakan rindu

Rindu.....
Rindu pada segala yang ada pada dia
Rindu pada senyum yang di ukir tatkala aku kalah
dengan hujah2nya....
Rindunya aku untuk bersamanya kembali
Menelusuri batas-batas kehidupan ini
Seperti sebelumnya....

Seperti dulu....
Pada ketika rahsia itu masih utuh sebagai rahsia
Ketika bahagia itu seperti telah dijanjikan untuk kami
Semasa hati mekar bersama cintanya....
Pada detik sayang bersulam rindu....
Hati berdetik kata cinta...dan
Rindu itu hanya untuk dia
Itulah detik ikatan rahsia meleraikan segalanya
Leraian itulah menyeret aku dalam emosi ini....

Rahsia dulu bukan lagi rahsia kini
Hati aku kaku dan membeku
...dan jantung seolah berhenti degupnya....
Airmata laju telusuri tubirnya
Jiwa memberontak mencari dimana salah
dan siapa yang bersalah.....
Hati merintih pohon pengertian.

Ya Allah, aku pohon kekuatan Mu

Redha

"Aku minta kepada Allah setangkai bunga yang segar, DIA bagi aku Kaktus berduri. aku minta kupu-kupu yang cantik, diberi ulat berbulu. aku sedih & kecewa. Namun kemudiannya, Kaktus itu berbunga, indah sekali. dan ulat itupun bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah jalan Allah. Indah pada masanya. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi DIA beri apa yang kita perlukan. kadang2 kita sedih, kecewa, terluka.... tapi jauh diatas segalanya DIA sedang mengaturkan yang terbaik dalam kehidupan kita..."

Lemas....aku perlukan ruang


Aku kelemasan dan aku betul2 perlukan ruang utk terus kn kehidupan ini. Hati aku, jiwa dan minda aku bukan pada skala yang betul. Aku benci dgn alasan yang tercipta utk aku. Klise n tipikal sgt.
Aku lalui lg jalan cerita yg sebegini.

Semoga hati aku akan kembali seperti asal. Mungkin aku perlu bekukan hati aku sekali lagi. Sebenarnya aku menyesal kerana membiarkan perkara sebegini terjadi lagi. Kesilapan.... kenapa harus berulang? Terasa aku bodoh sgt. Hilang malu dan maruah bila merayu dan menyatakan apa yg tersirat di hati. Habis sudah usaha aku. I'm not a fighter. Tp kali ni sayang aku kuat sgt utk dia. Tk nak lepaskn dia tapi aku tk reti nk fight lagi. Rasa tk adil utk bila aku dh buang semua keegoan aku semata2 untuk meletakkan diri aku dlm hati dia. Aku lupakan prinsip aku, aku mungkir janji dgn diri aku sdiri.... mungkin ni lah harga yng harus aku byr untuk semua itu.

Jalan aku kembali sunyi..... sepi juga yang mewarnainya.

Kembalikan ruang utk aku terus ampuh.

kerana aku manusia biasa
aku menangis utk sedikit kelukaan
jika akulah calon terbaik yang ada
kembalikan aku ruang yg terikat
dengan kata.
kerana aku manusia lemah
mudah kecewa kerana hati kian merapuh
kerana aku terpaksa akui
ruang yang ada terlalu sempit
untuk aku bertandang
dan terus menghuni.

Thursday, 15 December 2011

"DUNIAWI"


Setiap perpisahan tidak sia-sia.
Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: "..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri.." Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan permata..

Cintailah seseorang cukup dengan HATI tidak dengan JIWA, biar suatu saat nanti jika kita kehilangan dia cukup hanya sakit HATI, tidak sakit JIWA...ehehehe

apa2 pun, Redha Allah yang dicari ^_^

~carilah seorg lelaki yg mampu mjd imam utk kamu,yg sggup menitiskan air matanya apa bila melihat kesakitan yg kamu tanggungi d saat melahirkn zuriatnya dan lelaki yg sanggup membangunkan kamu utk bersama2 beribadat di sepertiga mlm,jika pencarian itu telah kamu temui,jgn lupa utk bsyukur kpd Nya,jadi lah permaisuri dan ratu d hatinya,peneman di kala suka dan duka,pengubat rindu dan lara dlm khdupan bsama~ :D

Friday, 18 November 2011

FRIENDSHIP

dunia ini kita tidak punya sesiapa…..
Kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendirian,
kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..
 
Sebagai kekuatan…..
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan…..Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..Kita tidak tahu.
Tetapi….. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu…..
RENUNGILAH…
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA….. :)